Friday 13 September 2013

Ramli Sarip, Duta Perdamaian.



Ramli Sarip telah dipilih sebagai Duta Perdamaian oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian USM. Pemilihan tersebut dibuat atas dasar nilai kemanusiaan yang terdapat dalam diri beliau. 

Sunday 11 August 2013

Belajar guna barang murah tapi berkualiti...

Sukar nak ubah tabiat. Tabiat aku, pakai barang nak berjenama je. Sanggup kerja untuk beli barang berjenama. Mana taknya, membesar kat Petaling Jaya dan dikelilingi dengan orang yang berada. Aku pun nak merasa mewah juga. Apa dorang pakai, aku pun nak pakai. Apa dorang ada, aku pun nak ada.

Akhirnya, rasa ingin memiliki ini menyebabkan aku jadi agak materialistik. Dan aku sedar, aku masih seorang pelajar sepatutnya kenala berjimat cermat walaupun aku tak guna duit PTPTN untuk beli benda-benda tu. Selalunya aku akan guna duit gaji aku atau duit raya atau duit upah kemas rumah. Hahhhh.... Kemas rumah pun dapat upah. Itu maknanya kakak aku tak bagi duit dengan udah. Kena buat sesuatu baru dia bagi duit.


Baru-baru ni beg duit aku dah nazak sangat. Selalu je bertaburan duit syiling. Tak tau la dah berapa juta rupiah aku hilang. Sobb~ Walaupun beg duit tu berjenama tapi tak tahan. Tak sampai setahun dah koyak. Nasib baiklah beg duit free. 


Oleh itu, bagi mengelakkan duit lebih banyak didermakan ke atas jalan atau ke dalam longkang, aku beli beg duit baru. Masih berjenama tapi berpatutan la iaitu Tropicana Life. Kakak aku pernah pakai jena ni dan dia kata tahan lama. Aku pun beli dengan harapan jangka hayat beg duit ni at least dapat bertahan sampai aku habis belajar. 





Ni la beg duit beli. Saja beli warna merah sebab masa muda ni la nak pakai warna menyala. Kalau dah tua nanti orang kata buang tabiat plak. Kalau nak cuci-cuci mata produk Tropicana Life ni, boleh la ke http://www.tlactive.com/ Siap ada promosi lagi Yang aku beli ni kat One Utama. Harga asal RM49.9. Tapi masa aku beli ada 10%. Dapat la murah sikit.

Untuk kawan-kawan yang tak pernah guna barang berjenama, aku tak galakkan guna selagi kita masih belajar. Kadang-kadang nafsu ni sukar nak kawal. Dah dapat beli barang mahal sikit, nak beli barang mahal lagi. Lain kali nak beli barang lebih mahal. Aku pula, kini, sedang belajar berjimat. Sedang belajar memakai barang biasa-biasa je. Sedang belajar erti syukur. Sedang belajar bersederhana. Sedang kita asyik berbelanja, saudara kita yang lain sedang susah. ;(

Mencari mangsa di pagi raya

Orang lain sibuk beraya di kampung halaman. Tapi aku duduk kat rumah je akibat adik aku nak study kat rumah. Ada exam katanya lepas raya tu. Nak ke rumah kawan-kawan pun, depa balik kampung. Maka, aku beraya depan tv ajela dengan adik-beradik yang lain.

Sampai satu tahap, aku rasa bosan sungguh laa. Aku pun jadikan kakak aku sebagai mangsa make-up dan beliau pun teruja untuk di make-up-kan. Aku pun bukan reti make-up. Tapi aku minat make-up. Sampai pergi kelas pun aku make-up. Sampai kawan-kawan ingat aku nak pi berjalan, bukan pi kelas. Kalau pi makan malam kat gerai biasa-biasa pun aku make-up, Dah jadi habit. Bagi aku, setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga penampilan. Dan ini, cara aku.


Berbalik kepada kakak aku, aku sungguh-sungguhlah make-up dia. Tapi aku tak reti sangat pakai eye liner. Mesti haru biru. Naik turun line tu. Dah macam gempa bumi. Last-last, inilah hasilnya. 




Ini baru sikit. Belum pakaikan had tebal-tebal. Nanti ada masa, aku akan cari mangsa lain dan pakaikan tebal-tebal. Muehehe.

Sunday 27 January 2013

Missaqi


Panggil aku Missaqi ;)

Aku ni dah banyak kali sebenarnya buat blog. Tapi tak aktif. Tapi kali ini aku sungguh-sungguh la nak aktif ber-bloging. Yela, tinggal setahun je lagi aku kat USM Pulau Pinang ni. Setahun je lagi aku sebagai pelajar. Setahun je lagi aku ada masa nak berblog. Nanti dah kerja, dah tak ada masa kott nak share apa-apa kat blog ni. 

InsyaAllah aku akan share hal-hal yang bermanfaat untuk di-share. Dalam blog aku ni, aku akan share tentang fesyen, fotografi, make up, pendidikan dan macam-macam kot. Tengoklah apa aku nak update. Tak ada tema yang spesifik. 


Missaqi ni datangnya dari nama aku, Aqila Fatin. Tapi aku tambah Miss dan cuma ambil Aqi. Maka, jadilah Missaqi. Ala-ala Jepun sikit la kononnya.


Nanti ada masa aku akan update blog ni lagi. InsyaAllah aku akan terus serius. 


Assalamualaikum....